#Civil Rights
Target:
Kerajaan Malaysia
Region:
Malaysia

​Kami menyatakan kebersamaan buat para pejuang menentang gerakan LGBT dan menyokong pemulihan mereka.

Kebelakangan ini beberapa kenyataan yang menyatakan fakta dan bukti mengenai LGBT telah disekat oleh pihak tertentu. Terkini, terdapat dua aduan di Biro Pengaduan Awam yang menggesa tindakan tatatertib semata-mata kerana artikel Facebook yang menjelaskan bahaya LGBT kepada masyarakat.

Kami ingin tegaskan bahawa masyarakat perlu didedahkan mengenai LGBT dan cara membantu mereka. Sebarang tindakan untuk menghalang usaha murni ini hanya menggambarkan betapa songsangnya pemikiran yang mendokong LGBT.

Kami dengan ini menyatakan solidariti kami bersama pejuang menentang gerakan LGBT yang mewakili suara majoriti rakyat Malaysia untuk tidak mengiktiraf perlakuan berisiko tinggi LGBT namun menyokong bahawa mereka perlu dibantu dengan berhemah dan bukannya melalui aktivisme yang menghalalkan LGBT.

GoPetition respects your privacy.

The Solidariti untuk Kembali Kepada Fitrah petition to Kerajaan Malaysia was written by Parti Islam Semalaysia and is in the category Civil Rights at GoPetition.