#Children's Rights
Target:
Ibubapa dan Masyarakat
Region:
Malaysia
Website:
www.facebook.com

Tanggungjawab menjaga keselamatan anak-anak terletak di bahu ibubapa. Namun seringkali tanggungjawab ini seperti terlepas pandang oleh ibubapa sekaligus mendedahkan anak-anak kepada bahaya seperti diculik, hilang atau melarikan diri dari rumah.

Ibubapa perlu lebih peka dan prihatin terhadap isu keselamatan anak-anak agar kes-kes kehilangan kanak-kanak dapat dibendung.

Masyarakat umum juga dapat memainkan peranan penting. Jadilah masyarakat yang prihatin dan anda mampu mengubahnya.

Mission for Missing Children MAHUKAN ibubapa dan masyarakat menjadi lebih peka dan prihatin dalam isu keselamatan kanak-kanak agar kes kehilangan kanak-kanak dapat dielakkan.

Antara yang perlu dilakukan: -
1. Ambil tahu aktiviti online anak-anak
2. Jangan tinggalkan anak-anak kecil di dalam kereta bersendirian
3. Jangan biarkan anak-anak kecil bermain di luar rumah tanpa pengawasan orang dewasa
4. Jangan biarkan anak-anak kecil berjalan seorang diri
5. Ajar anak-anak tentang penjagaan keselamatan diri mereka.
6. Kenali rakan-rakan anak-anak anda
7. Jadikan keselamatan anak-anak sebagai keutamaan dalam apa jua keadaan

GoPetition respects your privacy.

The Keselamatan Anak-anak Adalah Tanggungjawab Bersama petition to Ibubapa dan Masyarakat was written by MIssion for Missing Children and is in the category Children's Rights at GoPetition.