#Sports
Target:
Persatuan Bola Sepak Malaysia, Football Association of Malaysia
Region:
Malaysia
Website:
www.facebook.com

Kami penyokong bola sepak Negeri Sembilan khasnya dan semua peminat bola sepak tempatan membantah kenaikkan harga melampau tiket Final Piala Malaysia 2011.

Kami memohon kerjasama anda semua dan sebagai kuasa penyokong kita sama-sama berganding bahu dan tangan menidakkan usaha kenaikkan harga tiket melampau oleh badan induk. Minta sebar dan buktikan kuasa penyokong.

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT. SUARA PENYOKONG PENGHIDUP STADIUM.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
BANTAHAN RASMI bersama sokongan anda terhadap petisyen ini akan kami serahkan selewatnya pada hari Rabu ini.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

KAMI MEMBANTAH KERANA:
1- Harga dan kenaikkan yang melampau
2- Menindas penyokong
3- Memperdayakan/memperbodohkan penyokong
4- Harga yang membebankan
5- Alasan kenaikkan yang tidak munasabah

Tindakan drastik ini boleh menyebabkan hilangnya minat penyokong bola sepak tempatan terhadapan saingan liga domestik yang sering menjadi medan "mainan" dan "sandiwara" pihak-pihak dan badan induk tertentu.

BERTINDAK sekarang, jangan benarkan FAM menghancurkan masa depan bola sepak negara.

GoPetition respects your privacy.

The Kami Bantah Kenaikkan Harga Tiket Final Piala Malaysia 2011 petition to Persatuan Bola Sepak Malaysia, Football Association of Malaysia was written by Kelab E-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan and is in the category Sports at GoPetition.