#Civil Rights
Target:
Ibubapa/Waris/PIBG/Kesatuan Guru-Guru Malaysia/Ngo-Ngo/Dll
Region:
Malaysia
Website:
GERAKAN PEMBELA UMMAH KEDAH

UMMAH Kedah mengajak rakyat Malaysia membuat satu PETISYEN MEMBANTAH LANTIKAN DATIN NOOR AZIMAH ABDUL RAHIM sebagai anggota Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bagi sesi 2018-2019.

Tandatangan petisyen ini akan diserahkan kepada Menteri Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Malaysia serta Majlis Raja-Raja Melayu setelah tamat tempoh ia dijalankan.

Tempoh masa petisyen ialah selama 7HARI bermula pada 18 Ogos 2018, Jam 9.00 Pagi dan berakhir pada 24 Ogos 2018, pada jam 12.00 tegahari.

Butir-butir Petisyen adalah seperti berikut :-

“KAMI dari kalangan ibubapa, abang, kakak dan waris kepada para pelajar yang belajar di bawah sistem pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini MEMBANTAH dengan sekerasnya pelantikan DATIN NOOR AZIMAH ABDUL RAHIM sebagai anggota MAJLIS PENASIHAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN MALAYSIA”.

“KAMI dari kalangan ibubapa, abang, kakak, waris, PIBG, Kesatuan Guru-Guru Malaysia dan NGO-NGO dengan ini MENDESAK Menteri dan Kementerian Pendidikan Malaysia menggugurkan atau menarik semula SERTA-MERTA pelantikan DATIN NOOR AZIMAH ABDUL RAHIM dalam MAJLIS PENASIHAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN MALAYSIA”.

“KAMI dari kalangan ibubapa, abang, kakak dan waris kepada para pelajar dengan ini menyatakan RASA KESAL dan BIMBANG atas pelantikan DATIN NOOR AZIMAH ABDUL RAHIM, juga merupakan aktivis G25 yang berfahaman Islam Liberal yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam yang syumul.

GoPetition respects your privacy.

The SELAMATKAN PELAJAR-PELAJAR MUSLIM MALAYSIA - JOM TANDATANGAN PETISYEN BANTAH LANTIKAN DATIN NOR AZIMAH ABDUL RAHIM SEBAGAI ANGGOTA MAJLIS PENASIHAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN petition to Ibubapa/Waris/PIBG/Kesatuan Guru-Guru Malaysia/Ngo-Ngo/Dll was written by basir ismail and is in the category Civil Rights at GoPetition.