#Politics
Target:
50000
Region:
Malaysia

PETISYEN

DEMI DEMOKRASI DAN HAK ASASI - SEGERA LULUSKAN PENDAFTARAN PARTI SEDAR RAKYAT SARAWAK ( SEDAR)

Y.A.B Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad
Perdana Menteri Malaysia
Putrajaya
MALAYSIA

Y.A.B Tun,

Kami yang bertandatangan di bawah, sebagai rakyat Sarawak yang telah menyokong pembinaan Malaysia Baru dan membantu menyingkirkan rejim kuku besi BN dalam PRU14 yang lepas, MENUNTUT supaya YAB Tun terus membasmikan sisa-sisa penyelewengan kuasa, kelalaian dalam tugasan dalam urusan jabatan-jabatan awam yang boleh menghancurkan kejayaan yang telah kita capai untuk menegak demokrasi dan kedaulatan undang-undang serta mempertahankan hak asasi.

KHUSUSNYA, kami menuntut PENYEGERAAN keputusan dari Pendaftar Pertubuhan serta agensi kerajaan atau kementerian yang terlibat sama dalam proses penyemakan dan kelulusan pendaftaran SEDAR yang telah dipohonkan enam (6) bulan yang lalu, sebagai sebuah parti politik yang sah di Sarawak.

LATAR BELAKANG PERMASALAHAN

1. ENAM (6) BULAN PENDAFTAR PERTUBUHAN (PP) MEMBISU

Biarpun SEDAR telah menulis surat rasmi sebanyak lima (5) kali kepada Pendaftar Pertubuhan (PP) setelah ianya menerima permohonan parti itu pada 22 Jun 2018, namun sehingga kini PP terus membisu. Dalam tempoh yang sama SEDAR telah juga menulis surat kepada YB Menteri Dalam Negeri sebanyak dua (2) kali tanpa menerima sebarang layanan. SEDAR telah menulis surat untuk memohan berjumpa dengan YAB Tun berkenaan perkara ini yang mana ianya belum lagi menerima sebarang jawapan.

2. KETIDAKADILAN LAYANAN PENDAFTAR PERTUBUHAN

PP, sebagai agensi kerajaan yang sepatutnya menjalankan tanggungjawab secara neutral, sebaliknya telah menunjukkan ciri-ciri yang tidak mencerminkan perubahan dari sikap pilih kasih yang tidak adil serta memperlekehkan “rule of law”. Ia telah mendaftarkan Pakatan Harapan dan PPBM dalam masa satu minggu selepas 9 Mei 2018. Juga PP telah meluluskan pendaftaran GPS dalam masa yang singkat walaupun SEDAR telah menghantar permohonan dua bulan lebih awal.

PETISYEN

DEMI DEMOKRASI DAN HAK ASASI - SEGERA LULUSKAN PENDAFTARAN PARTI SEDAR RAKYAT SARAWAK ( SEDAR)

TUNTUTAN KAMI
Berdasarkan prinsip “rule of law” dan demokrasi, adalah hak asasi kami di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendaftarkan pertubuhan parti politik. Adalah hak kami juga untuk menegur segala kepincangan dalam urus tadbir negara dan tindak tanduk negatif jabatan-jabatan kerajaan yang menjejaskan keadilan.
Oleh yang demikian, kami MENUNTUT supaya YAB Tun sendiri sebagai Ketua Cabang Eksekutif Kerajaan, untuk campur tangan dan mengarahkan Pendaftar Pertubuhan untuk membuat keputusan kelulusan pendaftaran SEDAR dengan segera.
Sekian.

Yang benar,
I. Rakyat Sarawak yang bertandatangan di bawah ini.
II. Majlis Tertinggi Protem, Parti Sedar Rakyat Sarawak

Salinan Kepada:

I. YB Menteri Dalam Negeri
II. Pendaftar Pertubuhan Malaysia
III. Suhakam

GoPetition respects your privacy.

The SEGERA LULUSKAN PENDAFTARAN PARTI SEDAR RAKYAT SARAWAK (SEDAR) petition to 50000 was written by Parti SEDAR Rakyat Sarawak and is in the category Politics at GoPetition.

Petition Tags

party rakyat malaysia parti SEDAR