#National Affairs
Target:
Prime Minister of Malaysia
Region:
Malaysia
Website:
www.sinarharian.com.my

Kerajaan Pakatan Harapan telah berjanji di dalam manifesto pilihanraya ke-14 untuk menghapuskan tol secara berperingkat.

Kami sebagai pengundi yang telah memilih kerajaan baru Pakatan Harapan menuntut agar ianya dapat ditunaikan menjelang Aidilfitri 2018.

Menyedari akan tanggungan yang berat kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini, kami mencadangkan agar ianya dapat dimulakan dengan pengambilalihan konsesi tol yang dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan, iaitu PLUS Expressway, yang dimiliki sepenuhnya oleh UEM Group (51%) dan KWSP (49%).

Kami berharap ianya dapat disusuli dengan penyelesaian bersama syarikat-syarikat konsesi lain dalam tempoh mandat yang diberikan oleh rakyat.

“Kami, yang menandatangani petisyen ini, meminta agar kerajaan Pakatan Harapan menghapuskan konsesi tol PLUS Expressway sebelum Aidilfitri 2018 sesuai dengan janji yang telah dinyatakan di dalam manifesto pilihanraya ke 14 Pakatan Harapan. Selanjutnya kami menuntut agar penghapusan konsesi tol oleh syarikat-syarikat konsesi lain dibuat secara berperingkat dalam penggal pertama kerajaan Pakatan Harapan”

GoPetition respects your privacy.

The Rakyat Malaysia Tuntut Pemansuhan Tol petition to Prime Minister of Malaysia was written by Pertubuhan Prihatin Balakong and is in the category National Affairs at GoPetition.