#National Affairs
Target:
SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
Region:
Malaysia

Assalamualaikum Wr. Wbr.

Ampun Tuanku, Sembah Patik Harap Diampun,

Patik mewakili rakan rakan patik, memohon Tuanku untuk menerima petisyen ini.

SELAMATKAN KAMI DARI KESESAKAN LALU LINTAS YANG MELAMPAU DI SEMPADAN MALAYSIA-SINGAPURA

Rakan-rakan yang dikasihi,

Silakan sertai kami dalam petisyen ini untuk dikemukakan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, untuk memberi tekanan kepada Pihak Berkuasa terutamanya pihak Imigresen, Kastam dan Polis untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kepada Rakyat, dan mengurangkan kesengsaraan rakyat Johor yang sentiasa terperangkap di dalam kesesakan yang melampau di pintu masuk negeri Johor terutamanya pada hujung minggu dan musim perayaan.

Kita sering berulang alik ke Singapura dari atas pelbagai sebab. Ramai antara kita mencari rezeki dengan berkerja di Singapura. Ada juga yang mempunyai keluarga di kedua-dua belah negara, untuk berkumpul untuk sempena perayaan penting mengikut kepercayaan agama, dan berkumpul untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.

Sebagai contoh terdekat, baru baru ini bersempena cuti Easter (30 Mac hingga 1 April), kita menyaksikan kesesakan yang melampau di kedua dua pintu masuk negara, terdapat laporan yang keluarga mereka terperangkap selama lebih 8 jam semata mata untuk menyeberangi Tambak Johor sepanjang 1.6km melalui Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar. Bayangkan kesesakan yang bakal berlaku pada Ramadhan dan Syawal nanti.

Apa yang kita pertikaikan di sini mengapa proses perlepasan pemeriksaan imigresen dan kastam semakin panjang dan menyebabkan kesesakan melampau ini. Seharusnya pihak bertanggungjawab baik Imigresen, Kastam, dan Polis bekerjasama dan menyusun pelan tindakan seawal mungkin. Dan bukannya meneruskan operasi seperti biasa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dear friends

Please join us in this petition to be submitted to His Majesty, our wise Sultan of Johor, to put pressure on our Immigration Dept to improve services to the Rakyat, and spare us the misery of queuing unearthly long hours at weekends and festive periods.

We commute daily to and from Singapore for various reasons. Many to feed mouths in the family. Many to fulfill familial duties and festive reunions.

We at JB TRACERS cite the recent Easter weekend (30th March to 1st April) where the rolling jams took up to eight (8) hours to travel through the 2 checkpoints.

What we fail to understand is that the clearance times are getting longer despite the fact that these occasions are often repeated and the authorities should have made plans to pre-empt or alleviate the situation. Instead, we had media reports citing “backflow from Johor” as the main cause for delays as well as many eye-witness accounts of inefficiency on Johor’s side of immigration.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
亲爱的朋友,
请和我一起参与这份请愿书,致我们英明的柔佛苏丹,恳请他向关卡与移民局施加压力,对新柔关卡做出改善,服务人民,不要再让平民再饱受周末和佳节时,关卡无理的等候时间!

我们每日往新加坡柔佛两地来回,许多都是为了糊口,有些为了想和分隔两地的亲人在周末佳节聚一聚,享受天伦之乐。

在刚过的耶稣受难节周末(30/03/2018 - 01/04/2018) 新柔兀兰和大士关卡出现了 16 个小时不间断的车龙,有些家庭甚至花了 8 个小时的时间从新加坡抵达柔佛。

让人匪夷所思的是,过关卡的等候时间越来越长,但这些周末佳节的问题是年年都存在,有关当局应该在这些特别的日子做好准备迎接比平常多出好几倍的人数来往两地关卡。但是,媒体报道的却是 “柔佛交通回流至新加坡”, 延迟了等候时间,再加上许多困在车龙里的叙述,显得柔佛关卡有多低效率!

Kami menyeru kepada semua rakyat dan warga Johor/Singapura bersama sama menyokong petisyen ini. Kami perlukan 50,000 persetujuan anda untuk kami bawa bersama sama dan memohon kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim supaya membantu kita untuk menyelesaikan masalah yang kita perlu tanggung akibat ketidakcekapan pihak yang dipertanggungjawabkan menjaga sempadan negara.

SEKARANG ADALAH MASA UNTUK KITA BERSATU SUARA UNTUK KEMUDAHAN BERSAMA

Daulat Tuanku!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Let’s join together to sign this petition. We hope to achieve 50,000 signatures, if not more, so we can forward our appeal to our Tuanku to help elicit a suitable response from the Immigration Dept.

Enough is enough!

NOW IS THE TIME TO GIVE COLLECTIVE POWER TO OUR VOICE.

Our Tuanku is our hope.

Daulat Tuanku!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
恳请大家与我一起参与这份请愿书,希望能凑到 50,000 份或更多的签名,再与这份请愿书向柔佛苏丹请示,希望有关当局能做出适当的回应!

大家,我们受够了!

现在是一起站出来,一起给予一份力量的时候吧!

柔佛苏丹是我们的希望

柔佛苏丹万岁!

GoPetition respects your privacy.

The PETISYEN UNTUK DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR, SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TAKZIM. PETITION TO HIS MAJESTY THE SULTAN OF JOHOR: SAVE US THE MISERY OF EXTRA LONG QUEUES CROSSING petition to SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR was written by Felicia Ng and is in the category National Affairs at GoPetition.