#Human Rights
Target:
Kerajaan Negeri Kedah
Region:
Malaysia
Website:
www.pemudapaskedah.com

Masalah bekalan air di Kedah berulang setiap tahun, dan mendatangkan kesukaran yang bukan sedikit kepada rakyat.

Reaksi pihak kerajaan negeri pada setiap kali masalah air ini berlaku bersifat melepas batuk di tangga, mencari pelbagai alasan dan menuding jari kepada pihak agensi untuk meredakan kemarahan rakyat, tetapi gagal bertindak menambahbaik pengurusan dan sistem bekalan air di negeri Kedah.

Dalam masalah yang sedang berlarutan sekarang ini juga, kerajaan seolah-olah telah lumpuh, tidak mengambil apa-apa iktibar dan petunjuk daripada masalah air yang berlaku pada masa lalu. Data-data kadar penggunaan air pada musim-musim tertentu tidak dijadikan panduan kerajaan untuk membuat persediaan mencukupkan bekalan dan menambahbaik sistem agihan.

Hal ini amat membimbangkan rakyat, dan sangat memalukan bagi sebuah kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti yang juga membentuk kerajaan di peringkat persekutuan. Jika tiada tindakan segera, masalah ini pasti berulang lagi, dan sampai bilakah rakyat terpaksa menghadapi kesukaran seperti ini lagi.

KEKECEWAAN Rakyat Kedah amat jelas pada Aidilfitri tahun ini yang berlalu dengan penuh penderitaan dan kesengsaraan.

Demikian itu, atas mesti bertanggung jawab terhadap masalah ini maka kami mendesak:

1. Kerajaan Kedah perlu bertanggungjawab atas kesusahan orang ramai semasa raya Aidilfitri tahun ini.Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dipotong elaun selaku Pengerusi SADA sehingga masalah perkhidmatan bekalan air di negeri Kedah diselesaikan

Dan

Exco yang memegang portfolio berkaitan bekalan air, YB Dato' Badrol Hisham Hashim meletakkan jawatan sebagai exco serta-merta.

2. Mengadakan konsultasi awam dalam melihat masalah secara kritikal serta mencari jalan penyelesaian segera dalam menangani maslah bekalan air dan kualiti air di Kedah

3. Mengishtiharkan dan membentangkan didalam konsultasi awam tentang penggunaaan peruntukan pusat yang banyak didalam membaik pulih serta menaik taraf infrastruktur air seperti saluran paip ,loji rawatan , tangki simpanan , peralatan mekanikal dan lain-lain yang berakitan.

4. Kami mendesak kerajaan mengisytiharkan kadar simpanan air di empangan-empangan seluruh Kedah yang kelihatan banyak dan mencukupi dan apakah sebenarnya masalah yang berlaku sehingga simpanan air masih belum mampu dibekalkan secara mencukupi untuk kegunaan rakyat Kedah

5. Kerajaan negeri Kedah perlu membuat jangkaan masa hadapan berkenaan masalah bekalan dan agihan air di Kedah dan dibuat persiapan yang bersepadu dari semua sudut.Data perolehan daripada masalah bekalan air pada masa yang lalu boleh menjadi petunjuk terhadap keperluan air mengikut daerah dan musim.

Lajnah Penerangan , Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
www.pemudapaskedah.com
9 Julai 2016

GoPetition respects your privacy.

The Petisyen Tuntutan Rakyat Isu Air Di Kedah petition to Kerajaan Negeri Kedah was written by Dewan Pemuda PAS Kedah and is in the category Human Rights at GoPetition.