#Government
Target:
JKR Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, DBKK, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah.
Region:
Malaysia

Mengikut sejarah di masa lalu, penyusunan untuk pembinaan rumah-rumah di Kampung Dato telah di buat oleh penduduk-penduduk Kampung Dato, sesuai dengan rujukan yang telah diberikan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Sabah. Satu ruang khas dalam kawasan Kampung Dato sendiri, yang terletak di seberang Jalan Dato yang ada sekarang, akan dibiarkan kosong, untuk pihak kerajaan membina sebuah lebuhraya di masa akan datang nanti.

Penduduk-penduduk Kampung Dato, sentiasa mematuhi ketetapan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Sabah tersebut. Maka dengan sebab itulah, tidak ada sebarang struktur, pondok, rumah, gerai, kebun dan sebagainya yang telah di bina oleh penduduk-penduduk Kampung Dato, di kawasan tersebut. Maksudnya, memang tidak ada sebarang halangan dari penduduk-penduduk Kampung Dato, untuk sebarang projek pembangunan, yang di usahakan oleh pihak pemerintah, di kawasan Kampung Dato.

Namun demikian, baru-baru ini, atas jenama lebuhraya Pan Borneo, laluan lebuhraya yang di cadangkan itu telah berubah dan akan memusnahkan berpuluh rumah di Kampung Dato.

Ia menyebabkan kesusahan yang sangat besar kepada penduduk-penduduk Kampung Dato sedangkan penduduk-penduduk Kampung Dato sudah membina rumah mereka sesuai dengan garispanduan yang telah di tetapkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Sabah sendiri.

Kami, seperti nama-nama yang telah menandatangani dengan petisyen ini, ingin membantah cadangan perubahan laluan lebuhraya atas jenama lebuhraya Pan Borneo tersebut. Ini kerana, ia akan melintasi bahagian tengah Kampung kami dan akan memusnahkan berpuluh buah rumah di kampung kami jika ianya diteruskan juga.

Kami berharap, agar pihak yang berkenaan, akan mempertimbangkan, untuk tidak meneruskan pembinaan lebuhraya dilaluan yang baru itu dan akan membina lebuhraya Pan Borneo itu, dikawasan kosong itu iaitu, laluan asal seperti yang telah di persetujui bersama, dulu.

The Hentikan cadangan pembinaan lebuhraya Pan Borneo yang melintasi KG. Dato. petition to JKR Sabah, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, DBKK, Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Negeri Sabah. was written by majack mojinin and is in the category Government at GoPetition.

Petition Tags

JKR Pan Borneo KG Dato