#Politics
Target:
Parti KeAdilan Rakyat
Region:
Malaysia

Sdr MUHD HAFIZ BIN MUHD KASASI telah dilantik sebagai Ketua AMK Kelantan oleh YB Akmal Nasir tanpa mengambil kira sokongan ahli akar umbi. Pelantikan ini ternyata salah apabila mesyuarat AMK Negeri baru baru ini yang dipengerusikan oleh Sdr Muhd Hafiz hanya dihadiri oleh 3 Ketua AMK Cabang lain daripada 14 cabang di Kelantan. Ini jelas menunjukkan penolakan secara terang terangan ahli akar umbi terhadap Sdr Muhd Hafiz yang sebelum ini merupakan ahli Armada Bersatu sebelum menyertai KeAdilan selepas tidak mendapat tempat dalam Armada Kelantan. Muhd Hafiz juga telah melakukan lantikan lantikan yang dikatakan bersifat selektif yang tidak menyeluruh dan tidak menyumbang kepada kesatuan ahli AMK Kelantan. Justeru itu, ahli akar umbi AMK Kelantan menggesa agar Ketua AMK Malaysia mengambil kira suara akar umbi dalam melantik Ketua AMK yang baru, seorang yang berjiwa besar, yang tidak mengamalkan budaya budaya UMNO dan professional dalam menggalas tanggungjawab sebagai ketua AMK Kelantan yang baru tanpa mengambil kira pasukan semasa pemilihan demi kesatuan AMK Kelantan.

Kami anggota Sayap Angkatan Muda KeAdilan Kelantan sebulat suara membantah dan menolak pelantikan Sdr MUHD HAFIZ BIN MUHD KASASI sebagai Ketua AMK Kelantan diatas kegagalan beliau dalam menyatukan dan mendapatkan kepercayaan anggota anggota sayap Angkatan Muda KeAdilan Kelantan. Justeru itu, kami memohon agar Ketua AMK Malaysia membuat pelantikan baru yang disokong oleh ahli akar umbi bukannya pelantikan yang bersifat kronisme.

GoPetition respects your privacy.

The BANTAHAN DAN PENOLAKAN PELANTIKAN KETUA AMK KELANTAN petition to Parti KeAdilan Rakyat was written by TeamUnity Kelantan and is in the category Politics at GoPetition.