#Environment
Target:
Perdana Menteri Malaysia YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN ABDUL RAZAK
Region:
Malaysia
Website:
www.aduanrakyat.com.my

Penduduk Kampung Tampulan Telipok Kota Kinabalu Sabah memohon jasa baik perdana menteri Malaysia Yang Amat berhormat Dato seri Mohd Najib Bin Abdul Razak untuk mengambil perhatian dan seterusnya melakukan transformasi pembangunan agar jalan di kampung Tampulan Telipok Kota Kinabalu Sabah diturap sepenuhnya.

Transformasi ini akan memberikan impak yang positif kepada perubahan sosio ekonomi penduduk Kg Tampulan yang dahagakan pembangunan asas.

Penduduk kampung Tampulan Telipok Kota Kinabalu Sabah sudah terlalu lama menantikan perubahan di tempat mereka terutama agar jalan di kampung mereka di turap.Jalan ke kampung Tampulan merupakan laluan utama yang menghubungkan beberapa buah sekolah iaitu Sk Natai,Sk Talungan dan juga Sk Ruminding. Pihak RTM dan juga TELEKOM MALAYSIA menggunakan jalan tersebut untuk ke Pencawang Masing-Masing.

Ketiadaan infrastruktur jalan yang baik menyebabkan penduduk kampung sering kali terlibat dalam kemalangan kecil dan besar terutama apabila cuaca buruk.Keselamatan murid-murid sekolah yang terdedah kepada bahaya tanah runtuh,banjir lumpur dan hakisan tanah menjadi mimpi ngeri kepada ibu-bapa. Mohon Yang Amat berhormat Dato seri Mohd Najib Bin Abdul Razak mengambil perhatian tentang perkara ini seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.

GoPetition respects your privacy.

The Petisyen pembangunan jalan berturap kg Tampulan Telipok Kota Kinabalu Sabah petition to Perdana Menteri Malaysia YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN ABDUL RAZAK was written by iroet and is in the category Environment at GoPetition.

Petition Tags

kgtampulan