#Education
Target:
Guru Besar, SK Jalan Semenyih (2)
Region:
Malaysia

Petition untuk memulakan DLP Tahun 4 pada Sesi persekolahan 2018 di Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih (2)

Apa Itu Program DLP?
- DLP (Dual Language Programme)
- program pengukuhan Bahasa Inggeris di mana sekolah diberi peluang menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
- pilihan kepada sekolah berdasarkan kepada permintaan ibubapa dan pengetua serta kesediaan sekolah melaksanakannya.
- antara syarat yang dikenakan bagi sekolah terpilih adalah tahap Bahasa Malaysia berada pada tahap baik dari segi pelaksanaan dan pencapaian, selain daripada mempunyai sumber yang mencukupi sperti kesediaan guru-guru untuk mengajar dalam dwibahasa dan sokongan ibubapa.
- program ini selaras dengan objektif meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan juga memberi peluang kepada sekolah dan ibubapa untuk bersama-sama membuat keputusan secara kolektif.
- sekolah yang terpilih boleh menawarkan DLP untuk murid Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 bermula tahun depan. Buat permulaan, program ini ditawarkan kepada sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK).

Petition untuk memulakan DLP Tahun 4 pada Sesi persekolahan 2018 di Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih (2)
AKUAN DAN KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA
dengan ini membuat pengakuan bahawa membenarkan anak / jagaan saya untuk menyertai Dual Language Programme (DLP) mulai sesi persekolahan tahun 2018 yang akan dilaksanakan bagi mata pelajaran berikut:

Tahun 4
i. Sains
ii. Matematik
2. Saya sedar bahawa anak / jagaan saya perlu mengikuti program ini sepenuhnya sehingga tamat pengajian Tahun 6 / Tingkatan 5. Selaku ibubapa / penjaga, saya akan mempastikan anak / jagaan saya memberikan komitmen yang tinggi sepanjang berlangsungnya program DLP ini.
3. Surat akuan kebenaran ini saya ajukan untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Segala perhatian, kerjasama dan jasa baik yang diberikan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

* Surat kebenaran akan diedarkan kepada anak anda. Sila isikan maklumat diri , anak anda dan tanda tangan persetujuan anda.

Parents , when signing this petition online please make your name visible for verification.

GoPetition respects your privacy.

The Sokong untuk DLP Tahun 4 bermula dari Sesi 2018 : SK Jalan Semenyih (2) petition to Guru Besar, SK Jalan Semenyih (2) was written by 3 Anggerik Parents and is in the category Education at GoPetition.

Petition Tags

DLP SK Jalan Semenyih