#Animal Welfare
Target:
Animal Lover
Region:
Malaysia

Assalammualaikum/Salam sejahtera.
Terdapat anjing2 berkeliaran didalam kawasan kampus UPSI di Tg.Malim,Perak. Aduan diterima kerana mengejar adalah tidak benar. Anjing tersebut takut kpd manusia. Pihak kelab pencinta haiwan telah memberi cadangan utk mengalihkan haiwan tersebut tetapi telah ditolak mentah2 oleh pihak tertentu.
Mohon kerjasama semua pencinta haiwan utk tampil mengisi borang petition bg bantahan terhadap tindakan untuk menembak mati haiwan berkenaan.

Salam sejahtera dan salam Perak aman jaya, saya wakil Kelab Pencinta Haiwan UPSI ingin memaklumkan bahawa mengenai masalah anjing di upsi, pihak kami tidak dapat mengambil tindakan lagi. Masalah ini terpaksa diserahkan kepada pihak keselamatan upsi. Sebelum ini pihak kami telah bertungkus lumus untuk menyelesaikan masalah ini dengan cara paling berperikemanusia, iaitu mengenalkan program TNSR. Kerana pihak kami percaya, dengan cara ini populasi dan keagresifan anjing dapat dikurangkan.
Malangnya cara yang diperkenalkan ini tidak mendapat persetujuan daripada pihak atasan dan pihak atasan meminta masalah ini diselesaikan oleh pihak keselamatan.

Jadi pihak kami ingin memohon maaf buat semua pencinta haiwan diluar sana kerana kami tidak mampu mengatasi masalah anjing ini dengan cara baik. Dan kami juga meminta semua untuk berhati2 ketika hari operasi pemburuan dan penembakan anjing di kawasan universiti buat masa terdekat. Kerana anjing akan menjadi lebih agresif.

Zubaidah Sukkri,
Presiden Kelab Pencinta Haiwan UPSI 2016/2017

GoPetition respects your privacy.

The SELAMATKAN HAIWAN JALANAN petition to Animal Lover was written by Animal lover and is in the category Animal Welfare at GoPetition.