#Civil Rights
Target:
MALAYSIAN GOVERNMENT
Region:
Malaysia

Pada 2 Oktober 2013, Parlimen Malaysia telah meluluskan Rang Undang-undang Prevention Of Crime Act (Amendments and Extension) 2013 atau (POCA 2013). Selepas ISA dan EO, Kerajaan Malaysia terus mewujudkan akta drakonian yang menghalalkan tahan tanpa bicara.

Mengapa POCA 2013 merupakan akta drakonian?

Seksyen 19A(1) POCA 2013 Menetapkan, orang yang dituduh melakukan sesuatu jenayah boleh ditahan selama 2 tahun tanpa terlebih dahulu dibicarakan dan dibuktikan bersalah di Mahkamah.

Seksyen ini melampaui Perkara 5(2) Perlembagaan Persekutuan mahkamah hendaklah menyiasat mana-mana pertuduhan sebelum menjatuhkan hukuman atau membebaskan orang yang dituduh.

Seksyen ini juga bercanggah dengan prinsip asas keadilan iaitu seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah (innocent untill proven guilty).

Seksyen ini turut bercanggah dengan Aktikel 11 Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang menyebut setiap orang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan adalah berhak untuk dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah mengikut undang-undang melalui perbicaraan terbuka.

Saya, sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung prinsip keadilan, menggesa Kerajaan Malaysia agar:

1. Memansuhkan kuasa tahan tanpa bicara yang terkandung dalam mana-mana undang-undang di Negara ini.

2. Tidak lagi menggubal sebarang undang-undang tahan tanpa bicara dengan menandatangani International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR) dan Convention Against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (CAT).

GoPetition respects your privacy.

The RAKYAT TOLAK TAHAN TANPA BICARA petition to MALAYSIAN GOVERNMENT was written by Syukri Razab. Penyelaras SUARAM and is in the category Civil Rights at GoPetition.