#Education
Target:
Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur (MARA Kuala Lumpur Headquarters)
Region:
GLOBAL
Website:
muktamar.us

Muktamar IMSA-MISG merupakan perhimpunan tahunan komuniti Malaysia dan Indonesia di Amerika Syarikat hampir 40 tahun yang lalu, sejak 1976. Semenjak pertama kali diadakan, Muktamar IMSA-MISG telah membuka peluang kepada ramai pihak terutama komuniti IMSA dan MISG untuk mendapatkan pengisian agama secara langsung dan mengikuti perbincangan ilmiah.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan keputusan yang dibuat oleh pihak MARA untuk melarang pelajar tajannya mengikuti program Muktamar IMSA-MISG 2016. Hatta, pihak MARA telah mengaitkan program tersebut dengan perhimpunan haram dan akan mengancam keselamatan negara.

Disini, saya ingin menggariskan TIGA sebab utama kenapa pihak MARA perlu membenarkan pelajar mengikuti program Muktamar IMSA-MISG 2016.
1. Muktamar IMSA-MISG merupakan medan yang sesuai untuk memperkasakan kemahiran pelajar di Amerika Syarikat dimana pelajar berpeluang menjadi sukarelawan dalam pelbagai acara seperti pengurusan pendaftaran, makanan dan sebagainya.
2. Muktamar IMSA-MISG dapat melahirkan pelajar yang matang dan kritis dalam berfikir melalui forum dan diskusi ilmiah yang diadakan.
3. Muktamar IMSA-MISG juga merupakan sistem sokongan bagi komuniti Malaysia sebagai pelajar, minoriti dan Muslim di Amerika Syarikat.

Oleh itu, saya ingin menyeru kepada anda semua untuk menandatangani petisyen ini sebagai tanda sokongan supaya pelajar MARA dibenarkan mengikuti Muktamar IMSA-MISG 2016.
--------------------------------------------------------------------------------
[Permission for Students' Involvement in Muktamar IMSA-MISG 2016]

Muktamar IMSA-MISG is an annual convention that unites the Malaysian and Indonesian community and has gone on for 40 years, since 1976. Ever since it was first held, Muktamar IMSA-MISG has opened up opportunities to many parties especially the IMSA and MISG community to take part in religious events and academic discussions.

Recently, we were shocked by MARA’s decision to ban their scholars from participating in Muktamar IMSA-MISG 2016. Furthermore, MARA has considered the program as an illegal gathering and a threat to Malaysia’s safety.

Regarding the above, I would like to highlight three main reasons why MARA should allow their scholars to join Muktamar IMSA-MISG 2016.
1. Muktamar IMSA-MISG is a suitable platform for the empowerment of students in the United States where the students have the opportunity to take up volunteering roles in various aspects of the program, such as managing the registration, food, and so on.
2. Muktamar IMSA-MISG can produce mature and critical students through the forums and discussions held throughout the event.
3. Muktamar IMSA-MISG also functions as a support system for the Malaysian community as students, minorities, and Muslims in the United States.

Hence, I would like to call upon all of you to sign this petition as a sign of support so MARA scholars are given permission to participate in Muktamar IMSA-MISG 2016.

Dengan ini kami menandatangani petisyen ini sebagai tanda sokongan supaya pelajar MARA dibenarkan untuk mengikuti Muktamar IMSA-MISG 2016 dan memohon agar pihak MARA dapat mempertimbangkan kembali keputusan ini.
--------------------------------------------------------------------------------
We hereby sign this petition as a sign of support so MARA scholars are given permission to participate in Muktamar IMSA-MISG 2016 and we request MARA to reconsider their decision.

GoPetition respects your privacy.

The Membenarkan Penglibatan Pelajar dalam Muktamar IMSA-MISG 2016 petition to Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur (MARA Kuala Lumpur Headquarters) was written by Mohamad Hafiz bin Zambri and is in the category Education at GoPetition.

Petition Tags

Larangan Pelajar MARA Muktamar