#Human Rights
Target:
Kerajaan Negeri Kedah
Region:
Malaysia
Website:
www.pemudapaskedah.com

Krisis air di Kedah saban tahun berulang dan menyusahkan rakyat.Rakyat Kedah melihat reaksi kerajaan negeri Kedah masakini masih bersifat melepas batuk di tangga, bertujuan hanya mereda kemarahan rakyat serta bersifat tidak bersungguh memajukan sistem bekalan air di negeri Kedah.

Jawapan kerajaan pada bulan Julai juga seolah olah tidak menggariskan kapasiti simpanan air sebab sebab musabab sebaliknya pengurusan, isu kontraktor dan isu ketiadaan pengetahuan kegunaan kapasiti sebenar air oleh rakyat. Hal ini sewajarnya amat membimbangkan bagi sebuah kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti kerajaan pusat.

Oleh itu Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah bersama rakyat mendesak perkara berikut secara tegas:
1. Kerajaan Kedah perlu bertanggungjawab atas kesusahan orang ramai semasa raya Aidilfitri tahun ini.
2. Mengadakan konsultasi awam yang lebih bersifat terbuka dalam melihat masalah secara kritikal serta mencari jalan penyelesaian segera dalam menangani krisis bekalan air dan kualiti air di Kedah
3. Menyediakan peruntukan khas mencukupi untuk membaik pulih serta menaik taraf segera infrastruktur air seperti saluran paip ,loji rawatan , tangki simpanan , peralatan mekanikal dan lain-lain yang berakitan.
4. Kami mendesak kerajaan mengisytiharkan kadar simpanan air di empangan-empangan seluruh Kedah yang kelihatan banyak dan mencukupi dan apakah sebenarnya masalah yang berlaku sehingga simpanan air masih belum mampu dibekalkan secara mencukupi untuk kegunaan rakyat Kedah
5. Kerajaan negeri Kedah perlu membuat jangkaan masa hadapan berkenaan isu air di Kedah dan dibuat persiapan yang bersepadu dari semua sudut.Data perolehan daripada krisis air pada masa yang lalu boleh menjadi petunjuk terhadap keperluan air mengikut daerah dan musim.Krisis yang lalu mestilah menjadi pengajaran yang besar dan berusaha agar masalah yang sama tidak berulang dengan lebih teruk akibat tiada jangkaan dan persiapan.

Lajnah Penerangan , Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
http://www.pemudapaskedah.com
9 Julai 2016

GoPetition respects your privacy.

The Tuntutan Rakyat Terhadap Krisis Air Kedah petition to Kerajaan Negeri Kedah was written by Dewan Pemuda PAS Kedah and is in the category Human Rights at GoPetition.

Petition Tags

Isu air kedah