#Religion
Target:
All
Region:
Malaysia
Website:
www.masjidpuncakalam.com

Kepada : YB. DATO’ MOHD AMIN BIN AHMAD AHYA
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam, Selangor.

Assalamualaikum Waramatullahi Wabarakatuh

PERMOHONAN MASJID PUNCAK ALAM UNTUK MENGGUNAKAN TANAH MILIK KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI SEBELAH MASJID PUNCAK ALAM UNTUK TUJUAN MEMBINA STOR DAN DAPUR MASJID.

Kami dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas.

2. Kami Kariah Masjid Puncak Alam dengan ini menyokong penuh permohonan Masjid Puncak Alam untuk menggunakan tanah yang terletak bersebelahan Masjid Puncak Alam di mana tanah tersebut adalah tanah milik Kerajaan Negeri Selangor untuk digunakan bagi membina stor, dan dapur masjid.

3. Untuk makluman, YB. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, masjid amatlah kritikal kepada kemudahan tersebut dengan faktor berikut:

3.1 Jumlah aset masjid yang banyak dan perlu kepada ruang stor yang mencukupi agar aset yang di simpan dapat tahan lebih lama dan di uruskan dengan sempurna. Aset yang dimiliki adalah seperti ‘marquee tent’, khemah, kerusi, meja, pinggan & mangkuk, mesin dan peralatan kebersihan.

3.2 Aktiviti memasak perlu kepada tempat yang sesuai dan bersih bagi memenuhi keperluan majlis yang berlaku setiap hujung minggu seperti majlis pernikahan, kenduri kahwin, seminar, kursus dan perhimpunan masyarakat setempat.

3.3 Jemaah masjid perlukan kepada kantin untuk tujuan mengeratkan silaturrahim dan membuat mesyuarat-mesyuarat kecil-kecilan.

3.4 Kawasan di dalam masjid sudah tidak mencukupi untuk membina kemudahan-kemudahan yang dinyatakan seperti di atas. Kami tidak mahu kawasan parkir digunakan kerana ia akan memberi masalah kepada Kariah masjid khasnya pada hari Jumaat.

3.5 Keluasan yang di perlukan adalah kawasan yang sesuai dan mencukupi dari segi keluasan dan jarak yang dekat dengan masjid.

3.6 Kami mengharapkan agar sumbangan ini sebagai sumbangan Kerajaan Negeri Selangor kepada penduduk Puncak Alam yang menunjukkan Kerajaan yang berjiwa rakyat.

3.7 Permohonan ini bukanlah bertujuan untuk membuat sebarang keuntungan.

Akhir kata, kami Kariah Masjid Puncak Alam dengan ini sebulat suara menandatangani memorandum ini sebagai bukti persetujuan kami akan permohonan Masjid Puncak Alam dan memberi pengakuan bahawa usaha ini tiada paksaan dari mana-mana pihak. Kami amat berharap mendapat kelulusan dari pihak YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ke atas permohonan Masjid Puncak Alam.

GoPetition respects your privacy.

The Sokongan Permohonan Tanah untuk Masjid Puncak Alam petition to All was written by Masjid Puncak Alam and is in the category Religion at GoPetition.