#Neighborhood Living
Target:
SPRM KERAJAAN NEGERI AHLI PARLIMEN P204 ADUN N32 LAND&SURVEY SARAWAK
Region:
Malaysia

Keputusan agihan tanah lot ( baki-yang belum diduduki) di Kampung Penggan, Spaoh untuk perumahan dibawah Rancangan Pembesaran Kampung Spaoh telah dibuat Ogos 2014.

Ianya amat mendukacitakan kerana wujud ketidakadilan dalam pembahagian secara jelas. Terdapat agihan lot berkenaan diberi kepada satu kelompok yang berkepentingan dan mempunyai pertalian persaudaraan dengan salah seorang Ketua Kaum/Masyarakat Kampung Spaoh.

Kami penduduk kampung telah diminta untuk menghantar Borang Permohonan lot berkenaan berkali-kali dan merasa seolah-olah dipermainkan oleh pihak-pihak yang terlibat.

Mengapa keadaan ini berlaku ? YB Datuk Seri Douglas Uggah (MP204) & En. Robert Lawson Chuat (ADUN-N32) serta Ketua Masyarakat serta agensi kerajaan-Jabatan Tanah & Ukur (Caw.Betong) seolah-olah bersubahat dan bersikap lepas tangan.

Kami penduduk kampung sudah bersabar untuk sekian lama. jika inilah sikap wakil rakyat (MP & ADUN) serta Ketua Masyarakat....slogan TUKAR adalah amat relevan!

KAMI MEMBANTAH KETIDAKADILAN KEPUTUSAN AGIHAN LOT PERUMAHAN KAMPUNG PENGGAN YANG TERKINI ( OGOS 2014) KERANA SECARA JELAS WUJUD KELEBIHAN KEPADA KRONI ( SAUDARA-MARA & YANG BERKEPENTINGAN ) DENGAN SALAH SEORANG KETUA KAUM/MASYARAKAT KAMPUNG SPAOH.

KAMI MAHU YB DATUK SERI DOUGLASS UGGAH EMBAS (MP204), EN.ROBERT LAWSON CHUAT (ADUN-N32).KERAJAAN NEGERI SARAWAK. JABATAN TANAH DAN UKUR (CAW.BETONG) MELIHAT DAN MEMBUAT PENILAIAN SEMULA KEPUTUSAN AGIHAN INI YANG SECARA JELAS MENAFIKAN HAK-HAK KAMI SEBAGAI PENDUDUK KAMPUNG YANG JUGA BERHAK DIPERTIMBANGKAN UNTUK MENDAPATKAN TANAH LOT BERKENAAN TANPA PREJUDIS.

KAMI MEMOHON SALAH LAKU DALAM AGIHAN LOT INI DISIASAT OLEH PIHAK SPRM.

GoPetition respects your privacy.

The KETIDAKADILAN AGIHAN LOT PERUMAHAN - KPG PENGGAN, SPAOH 2014 petition to SPRM KERAJAAN NEGERI AHLI PARLIMEN P204 ADUN N32 LAND&SURVEY SARAWAK was written by AnakJatiSpaoh and is in the category Neighborhood Living at GoPetition.