#Environment
Target:
Ketua Menteri Pulau Pinang dan Sarawak.
Region:
Malaysia

Semenjak 2 tahun yang lalu, hutan di Bukit Relau, Pulau Pinang, dan juga hutan-hutan di Sarawak telah dimusnahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Aktiviti penebangan hutan di cerun yang melebihi 25 darjah kecerunan di Bukit Relau menyebabkan berlakunya pergerakan bumi di lereng bukit melebihi 250 kaki di atas aras laut.

Kami, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud agar menghentikan pemusnahan hutan di negeri masing-masing. Kami berasa sedih melihat Bukit Relau dan hutan di Sarawak dimusnahkan. Kerajaan negeri seolah-olah bersekongkol dengan pemusnah-pemusnah hutan ini.

HENTIKANLAH PEMUSNAHAN HUTAN INI!

GoPetition respects your privacy.

The Hentikan Pemusnahan Hutan di Penang dan Sarawak petition to Ketua Menteri Pulau Pinang dan Sarawak. was written by Anonymous and is in the category Environment at GoPetition.